Wednesday, August 19, 2009

Aku, Kawan, Sahabat, dan ……


Aku, Kawan, Sahabat, dan ……

Dalam dunia ini, aku hanya ada sebuah keluarga ,
Akan tetapi diluar sana,
aku tidak punya sesiapa,
kecuali diri sendiri,
Tetapi di dalam aku bersendirian,
aku beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami aku,
Sebagaimana aku mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran seorang sahabat,
Begitulah juga dia.

Tetapi aku sering terlupa akan hal itu,
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan aku,
Aku rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Aku tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi aku, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri,
Aku juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana aku juga ada janji yang tidak ditepati.

Harapan dan impian juga aku luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya aku terlalu asyik menceritakan tentang diri aku hingga kadang-kadang aku terlupa sahabat aku juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama.

Pernahkah aku memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?,
Pernahkah aku menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan aku?,
Ikhlaskah aku mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?,
Tidak...tidak sesekali aku berbuat demikian,
Aku menyesal, ya menyesal!!.

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita,
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat,
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa,.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.

Sebagai kekuatan,
Jadilah aku sahabatnya itu,
Aku selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang aku sangka kan.

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan,
Aku tidak tahu,
Tetapi, jika aku cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin aku akan tahu,
ya..aku akan tahu mungkin akan mendapat jawapan pada setiap persoalan!!!!!!

Aku, Kawan, Sahabatku...